Thursday, 13 June 2013

HAIWAN


Terdapat pelbagai jenis haiwan di muka bumi ciptaan Allah S.W.t ini.Tetapi haiwan2 yang popular yang menjadi rebutan ramai untuk dijadikan haiwan peliharaan.Ianya adalah kucing,ikan,burung dan anjing.Dibawah ini tercatat serba rinkas mengenai empat haiwan ini. 




Kucing ialah sejenis haiwan yang kecil ,berbulu,lembut dan tebal,dan tergolong di dalam spesies mamalia.haiwan ini pada asalnya dipelihara untuk dijadikan pemangsa untuk menangkap tikus tetapi dengan peredaran masa yang semakin ke hadapan,kucing tidak lagi digunakan untuk menangkap tikus tetapi telah didomestikan.Terdapat dua spesies kucing yang menjadi kegilaan kepada peminat2 kucing,iaitu kucing parsi dan kucing siam.







Ikan adalah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan bernafas melalui insang ia juga berdarah sejuk.Terdapat dua jenis habitat bagi ikan iaitu air tawar dan air masin.Ikan-ikan ini dijadikan haiwan peliharaan kerana mempunyai rupa bentuk dan warna yang menarik dan lain daripada yang lain.Selain itu,dijadikan salah satu bahan makanan bagi di seluruh dunia.Ini kerana,spepies ikan adalh salah satu sumber protein yang paling utama.






Burung adalah sejenis haiwan yang berbulu,berkaki dua,bersayap dan biasanya ianya boleh terbang.Ia juga dikenali sebagai unggas.Burung-burung ini mempunyai warna yang menarik dan mempunyai kebolehan tersendiri,contohnya kebolehan bercakap.Antara burung-burung ini adalah kakak tua,burung serindit dan lain-lain.Ade sesetengah burung juga dapat dijadikan juadah makanan. 










Anjing juga berada di dalam keluarga mamalia.Sifat anjing menjadi salah satu haiwan peliharaan yang popular?Ini kerana sifat agresifnya dan ganas dapat memberikan perlindungan kepada si pemiliknya.Antara contoh haiwan ini adalah German Shepherd dan  Bulldog.






Di sini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa haiwan-haiwan perliharaan ini dapat menjadi teman kepada manusia untuk  menhilangkan bosan dan kesunyian.Selain itu haiwan peliharaan dapat memberikan perlindungan kepada manusia.Oleh itu,kita hendaklah mempunyai rase kasih sayang dan kasihan kepada ciptaan Allah s.w.t.


Kekejaman terhadap haiwan









as

2 comments: