Wednesday, 17 July 2013

          ASAL-USUL NAMA TEMPAT

BATU PAHAT
Nama Batu Pahat dikatakan dari peristiwa memahat batu untuk mendapatkan bekalan air tawar di pantai Minyak Beku yang terletak di Kuala Sungai Batu,Batu Pahat.Kerja ini dilakukan oleh angkatan tentera Siam(orang-orang Muslim Pattani Siam)di bawah pimpinan Awi Dicu dalam abad ke-15 sewaktu hendak menyerang Melaka.


Tangkak
Nama Tangkak timbul daripada "tang merangkak" "tang" berasal dari perkataan tentang yakni tempat.Peristiwa berlaku ketika peneroka kawasan Tangkak,Long Mahmud Tujuh bersaudara terpaksa menrangkak naik ke tebing Sungai Tangkak menuju ke Bukit Tambak di kawasan Seri Makmur .Tebing-tebing sungai di kawasan Tangkak adalah lembut kerana paya ditumbuhi pokok-pokok resam,sendayan,pakis dan rembia.


Kluang

Friday, 5 July 2013

PUISI

                               SAHABAT
















                PERSAHABATAN SEJATI

Sahabat....
Ada dalam suka dan duka
Saat tertawa ataupun menangis
Saat terdiam ataupun marah

Sahabat......
Kau warnai hidupku
Kau berikan rasa dalam hatiku
Bahkan kau sinari aku dengan kasihmu

Sahabat....
Canda tawamu menghiasi sanubariku
Bayangan dirimu selalu terbawa sampai tidurku
Beruntungnya aku memilikimu

Sahabat....
Ku kirimkan tanda kasih ini
Sebagai pengikat tali persaudaraan kita
Yang tak akan pernah terputus
Sampai kapan pun jua

Terima kasih sahabat...
Doaku selalu mengiringi langkah kita
Berjalan bersama indahnya waktu
Membentuk mutiara persahabatan.




SEMOGA TERHIBUR!!!










Thursday, 4 July 2013

SAJAK

                 Menjelang Ramadhan

Kedatanganmu dinanti,
Kedatanganmu membawa seribu keberkatan,
Kedatanganmu mendidik kesabaran kami,
kedatanganmu mengajar erti kehidupan.

Ramadhan Al-mubarak nama diberi,
Bulan yang penuh dengan ibadah mengejar keberkatan,
Disiangnya kami berpuasa,menahan lapar dan dahaga
Oh ramadhan,sudah lama ku menanti kehadiran mu

Gandakan amal ibadatmu di bulan ini,
Tambahkan pahala mu dibulan penuh barakah,
Kurangkan dosa mu di bulan ini,
Hindarkan perbuatan yang menjadi larangan.

Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga,
Mulut,Mata,Telinga dan semua anggota badan
Hendaklah dijaga sempurna,
Agar tidak puasa hanya untuk meletihkan badan.

Moga kedatangan kali ini memberi seribu erti kepada kami,
Kehadiranmu juga kali ini memberi keberkatan,
Moga dosa dapat dihindarkan kami,
Moga pahala dapat ditambah demi mengejar keberkatan.



Monday, 1 July 2013

JDT

                      Johor Darul Takzim



Hati-hati dengan Harimau Selatan ini ia sangat garang dan bengis.Tiada siapa yang dapat menewaskannya kerana kekuatan Harimau Selatan sangat kuat.

AWAS: Jangan sesiapa yang mencabar Harimau Selatan ini!!!!!!!!