Thursday, 27 June 2013

Siratan Makanan

                                  A) SIRATAN MAKANAN

  1. Pengeluar ialah semua tumbuhan hijau yang dapat membuat makanan sendiri dengan menjalankan proses fotosintesis.
  2. Pengguna ialah haiwan yang memakan tumbuhan atau haiwan yang lain.
  3. Pengurai ialah organisma yang mengurai organisma mati(haiwan atau tumbuhan)menjadi bahan-bahan yang ringkas.Contoh pengurai ialah bakteria dan kulat.
  4. Matahari ialah sumber tenaga bagi semua hidupan dalam rantai makanan. 



                                 B) Rantai Makanan
  1. Rantai makanan adalah suatu aliran tenaga dalam bentuk makanan yang disalurkan daripada tumbuhan kepada haiwan.
  2. Satu organisma makanan mempunyai beberapa organisma yang saling bersandaran antara satu sama lain.
  3. Semua organisma dalam rantai makanan yang mati akan diurai oleh pengurai seperti bakteria dan kulat kepada bahan mineral yang ringkas.       

                                                      
                                                                  PENGELUAR          
                                                  = Tumbuhan hijau ialah pengeluar.                


                                                     
                                                 
                                                 

                                                           PENGGUNA PRIMER

          = Pengguna primer merupakan haiwan yang herbivor memakan tumbuhan saja.




                                         

PENGGUNA SEKUNDER

= Pengguna sekunder merupakan haiwan karnivor yang memakan pengguna primer.




PENGGUNA TERTIER
= Pengguna tertier merupakan haiwan karnivor yang memakan pengguna sekunder.







                  C) MAKSUD SIRATAN


  1. Satu siratan(jaringan)makanan terdiri daripada gabungan beberapa rantai makanan.
  2. Organisma-organisma dalam siratan makanan saling bersandaran antara satu sama lain.
  3. Seperti dalam rantai makanan,pengurai mengurai semua organisma yang mati dalam siratan makanan.
 
        
                 

Wednesday, 19 June 2013

Kepentingan sarapan pagi

Faedah-faedah Mengambil Sarapan Pagi

      Sarapan pagi ialah salah satu daripada sajian makanan yang perlu kita ambil setiap hari.Agak malang apabila pengambilan sarapan pagi diambil ringan oleh sesetengah pihak.Bermacam-macam alasan diberikan tertmasuklah kesuntukan masa untuk menyediakan makanan pada awal pagi.Tidakkah mereka sedar akan faedah-faedah mengambil sarapan pagi?

      Salah satu faedah sarapan pagi ialah membekalkan tenaga.Hal ini demikian tubuh kita memerlukan tenaga yang diperolehi daripada sumber karbohidrat seperti roti dan glukosa daripada secawan teh atau susu.Jika kita memulakan hari dengan perut kosong,dikhuatiri badan akan terasa lesu dan tidak bermaya.Faktor-faktor inilah yang mengganggu kelancaran kita menjalani rutin harian seperti belajar dengan bekerja.Jelaslah bahawa tenaga diperoleh dari pada sajian  sarapan pagi.

      Selain itu,mereka yang tidak menjamah sebarang makanan pada waktu pagi cenderung untuk rasa lapar.Perut akan mula "berkeroncong" minta diisi.Hal ini secara tidak langsung mengganggu setiap aktiviti yang sedang kita lakukan.Kita juga akan mudah hilang fokus untuk melakukan sesuatu tugasan dek melayan rasa lapar.Oleh yang demikian pentingnya bersarapan  pagi untuk mengawal rasa lapar.

     Bukan itu sahaja,sarapan pagi juga boleh mengelakkan obesiti.Obesiti atau kegemukan terjadi apabila seseorang tidak mengambil makanan secara seimbang.Kesan daripada rasa lapar menyebabkan mereka mengambil makanan tengah hari dalam kuantiti yang banyak.Mereka cenderung untuk makan lebih lebih kerap makanan sampingan seperti keropok yang mengandungi gejala obesiti.Natijahnya,sarapan pagi mampu mengawal pemakanan seseorang.

     Akhir sekali,penyakit-penyakit yang tidak diundang seperti "gastrik"mudah menyerang mereka yang tidak mengambil sarapan pagi .Hal ini demikian kerana sistem badan tidak dapat menjalankan fungsi dengan baik.Hal sebaliknya berlaku sekiranya kita mengambil sarapan pagi secara tetap iaitu dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan.Oleh itu,penting sekali bersarapan sebelum memulakan hari untuk tubuh yang lebih sihat. 
       

Monday, 17 June 2013

Jenis tumbuhan

                        Jenis Tumbuhan
Tumbuhan merupakan salah satu daripada alam benda hidup yang terdapat di alam semesta.Tumbuhan merupakan organisma yang terkandung dalam alam Plantae.Biasanya organisma yang menjalan kan proses fotosintesis diklafikasikan sebagai tumbuhan.


Mimba(Azadirachta indica).Tanaman langka ini mempunyai nama lain Mimbo atau Mimba.Tanaman langka ini merupakan pohon yang tinggi batangnya dapat mencapai 20m bahkan lebih.Kulit batang nya tebal,batang agak kasar daun menyirip genap,dan berbentuk  lonjong dengan tepi bergerigi dan runcing.Buah mimba dihasilkan dalam satu sampai dua kali setahun,berbentuk oval,bila masak daging buahnya berwarna kuning,biji ditutupi kulit keras berwarna coklat dan di dalamnya melekat kulit buah berwarna putih.

Tanaman ini biasanya digunakan sebagai pestisida nabati.Kerana daun mimba mengandungi senyawa-senyawa yang dapat mengendalikan hama tanaman,diantaranya adalah sitosterol,hyperoside,nimbolide dan lain-lain

Thursday, 13 June 2013

HAIWAN


Terdapat pelbagai jenis haiwan di muka bumi ciptaan Allah S.W.t ini.Tetapi haiwan2 yang popular yang menjadi rebutan ramai untuk dijadikan haiwan peliharaan.Ianya adalah kucing,ikan,burung dan anjing.Dibawah ini tercatat serba rinkas mengenai empat haiwan ini. 




Kucing ialah sejenis haiwan yang kecil ,berbulu,lembut dan tebal,dan tergolong di dalam spesies mamalia.haiwan ini pada asalnya dipelihara untuk dijadikan pemangsa untuk menangkap tikus tetapi dengan peredaran masa yang semakin ke hadapan,kucing tidak lagi digunakan untuk menangkap tikus tetapi telah didomestikan.Terdapat dua spesies kucing yang menjadi kegilaan kepada peminat2 kucing,iaitu kucing parsi dan kucing siam.







Ikan adalah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan bernafas melalui insang ia juga berdarah sejuk.Terdapat dua jenis habitat bagi ikan iaitu air tawar dan air masin.Ikan-ikan ini dijadikan haiwan peliharaan kerana mempunyai rupa bentuk dan warna yang menarik dan lain daripada yang lain.Selain itu,dijadikan salah satu bahan makanan bagi di seluruh dunia.Ini kerana,spepies ikan adalh salah satu sumber protein yang paling utama.






Burung adalah sejenis haiwan yang berbulu,berkaki dua,bersayap dan biasanya ianya boleh terbang.Ia juga dikenali sebagai unggas.Burung-burung ini mempunyai warna yang menarik dan mempunyai kebolehan tersendiri,contohnya kebolehan bercakap.Antara burung-burung ini adalah kakak tua,burung serindit dan lain-lain.Ade sesetengah burung juga dapat dijadikan juadah makanan. 










Anjing juga berada di dalam keluarga mamalia.Sifat anjing menjadi salah satu haiwan peliharaan yang popular?Ini kerana sifat agresifnya dan ganas dapat memberikan perlindungan kepada si pemiliknya.Antara contoh haiwan ini adalah German Shepherd dan  Bulldog.






Di sini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa haiwan-haiwan perliharaan ini dapat menjadi teman kepada manusia untuk  menhilangkan bosan dan kesunyian.Selain itu haiwan peliharaan dapat memberikan perlindungan kepada manusia.Oleh itu,kita hendaklah mempunyai rase kasih sayang dan kasihan kepada ciptaan Allah s.w.t.


Kekejaman terhadap haiwan









as